Iktiraf penggodam beretika

Iklan

Merak Jalanan mendapat tahu sejumlah data peribadi kakitangan Universiti Malaya (UM) dibocorkan di internet selepas beberapa jam pautan pembayaran atas talian (e-bayar) milik universiti itu digodam.

Berdasarkan laporan berita, pautan e-bayar yang berada dalam laman web rasmi UM digodam pada tengah malam Khamis lalu menyebabkan nama pengguna serta kata laluan dibocorkan.

Iklan
Iklan

Perbuatan tersebut menyebabkan maklumat gaji ahli akademik dan bukan akademik termasuk nama dan akaun bank individu, nombor cukai pekerja, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, maklumat jabatan dan pangkat didedahkan kepada umum.

Merak Jalanan bimbang dengan situasi yang berlaku itu kerana penggodam boleh melakukan apa saja malah mengugut untuk melakukan tindakan lebih kronik.

Iklan

Ia adalah salah satu contoh bagaimana penggodam menunjukkan kuasa mereka dan mengheret orang lain yang tidak bersalah terpalit sama bagi memenuhi tuntutan mereka.

Merak Jalanan hanya mampu berharap pakar-pakar IT dalam negara kita pantas bertindak bagi menangani isu itu kerana ia mungkin boleh terjadi kepada institusi lain yang impaknya lebih buruk berbanding apa yang berlaku di UM.

Iklan

Dalam menangani isu tersebut, pandangan seorang wartawan infosecurity, Taylor Armerding boleh diambil perhatian.

Menurut Armerding, untuk melawan penggodam (tidak baik) memerlukan penggodam beretika yang boleh membaca jaringan serangan seorang penggodam tidak baik.

Katanya, dalam keadaan kebergantungan dunia terhadap internet maka bidang penggodaman itu perlu diberi perhatian serius antaranya dengan memberikan platform diiktiraf untuk penggodam beretika menguji keupayaan masing-masing.

Antaranya dengan memberikan lebih penekanan kepada bidang berkaitan penggodaman di universiti.

Ia satu pandangan yang boleh dipertimbangkan kerajaan kerana jika nak harapkan golongan seperti Merak Kayangan, ilmu Microsoft Office pun belum habis khatam.