Didik anak hindari plastik sekali guna

Iklan
Fuziah (empat dari kanan) turut meluangkan masa menyantuni para usahawan yang terlibat dalam Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS.

KUANTAN - Ibu bapa disaran mendidik anak-anak mengenai keburukan penggunaan plastik dan straw dalam usaha melahirkan generasi pencinta alam sekitar dan kesihatan masyarakat pada masa depan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, usaha itu akan membantu kerajaan melahirkan generasi muda yang memahami pembudayaan menghindari plastik sekali gus mengurangkan pencemaran akibat daripada bahan itu.

Iklan
Iklan

Fuziah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, peranan itu juga bertujuan menyampaikan mesej dan kempen Hindari Plastik Sekali Guna.

"Bawa beg guna semula. Bawa botol air ke sekolah dan bekal tanpa beg plastik. Beritahu mereka bahawa plastik boleh membunuh alam sekitar. Biar mereka tahu bahawa mikro plastik yang ditemui dalam ikan di lautan boleh meninggalkan kesan jangka panjang kepada kesihatan kita," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 1000 tetamu pada program sambutan Hari Kemahiran dan Keusahawanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Pahang di Serambi Teruntum di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Mohd A Aruwan Ab Aziz.

Iklan

Lebih 100 usahawan wanita menyertai program itu untuk mempromosikan produk dan jualan mereka.

Pengarah Kemas Negeri Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, selain mempromosikan produk usahawan terbabit, Kemas turut memberi pengiktirafan kepada peserta yang berusaha memajukan produk mereka.