Notis tuntutan mahkamah kepada Linda Rafar

Iklan

PENYANYI, Azlinda Rafar atau lebih dikenali Linda Rafar berdepan tuntutan ganti rugi dan permohonan maaf.

Menurut sebuah pertubuhan dikenali Delegation of Nurses (DON) di laman Facebook, ahli kumpulan Elite, Linda perlu melaksanakan tuntutan tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Iklan
Iklan

"Seandainya gagal, akan dilanjutkan menerusi prosiding mahkamah," tulis sumber.

Sementara itu, DON berterima kasih kepada orang ramai yang telah membantu pihak mereka dalam membersihkan semula nama anakguam mereka.

Iklan

Terdahulu, Linda menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas dengan sikap serta layanan dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tempat ibu beliau dirawat.

Menurut Linda, jururawat itu bersikap biadap dan kurang ajar hanya kerana beliau meinta untuk menukar cadar di katil ibunya yang terkena najis. Permintaannya itu tidak diendahkan dalam tempoh yang sangat lama.

Iklan