TANAH MERAH - Seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah, cedera tangan kiri dan telefon bimbitnya turut rosak selepas ditendang seorang penagih dalam operasi Cegah Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini kelmarin.
Bagaimanapun mangsa yang juga Ketua Operasi AADK Daerah Tanah Merah, Basri Manshor, tidak mengalami kecederaan parah dan hanya lebam di bahagian tangan.
Ketika kejadian, Basri bersama tiga lagi petugas AADK sedang menjalankan operasi di kawasan Kusial.
Namun salah seorangnya berusia 23 tahun, bertindak agresif dan menendang mangsa. Namun lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditenangkan dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut serta tindakan susulan.
Menurut Basri, dalam operasi kali ini, suspek yang ditahan berusia linkungan 19-39 tahun dan hasil ujian saringan urin mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.