Ahli Parlimen Nibong Tebal rebah

Iklan
Mansor rebah secara tiba-tiba ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman (PH) rebah secara tiba-tiba ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang duduk bersebelahan beliau dilihat segera membantu.

Iklan
Iklan

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghentikan perbahasan selama lima minit ekoran kejadian tersebut sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

Mansor dikejarkan ke klinik Parlimen setelah rebah sewaktu menyampaikan perbahasan pada sidang Parlimen petang tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani ketika ditemui media memaklumkan Mansor kini sudah kembali sedar.

Iklan

"Beliau (Mansor) sudah sedar dan sedang menerima rawatan," katanya.

Iklan