KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar dividen pada kadar empat peratus atau lebih setahun secara konsisten selama empat tahun sejak 2014.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kemampuan itu berdasarkan prestasi pelaburan sedia ada yang menunjukkan trend peningkatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pada masa kini, instrumen pelaburan PTPTN berbentuk pelaburan jangka pendek dan sederhana di pasaran wang tempatan sahaja.
"Jumlah deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus meningkat pada tahun ini berbanding dua tahun lalu bagi tempoh Januari hingga September.
"Bagi tempoh tersebut, deposit SSPN-i bagi 2019 berjumlah RM475.6 juta manakala RM400.7 juta pada 2018 dan RM263.3 juta pada 2017.
"Produk SSPN-i Plus pula mencatatkan RM106 juta berbanding RM86 juta pada 2018 dan RM 31.6 juta bagi 2017," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai statistik deposit SSPN-i dan cara dana itu dilaburkan.