'Masa nasihat sudah tamat'

Iklan
A Kadir. Gambar kecil: Status dimuat naik menimbulkan persoalan di kalangan pelayar.

SHAH ALAM - Hantaran yang dimuat naik Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di Facebook beliau semalam menimbulkan persoalan dalam kalangan pelayar media sosial itu.

Menerusi status tersebut, A Kadir berkata, 17 bulan sudah berlalu dan masa menasihati sudah tamat.

Iklan
Iklan

"(Tempoh) 17 bulan sudah berlalu. Masa menasihat sudah tamat. Sekarang hantam sajalah," tulisnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada hantaran tersebut merujuk kepada mana-mana isu dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau pergeseran dalam gabungan parti tersebut.

Iklan

Pada 9 Mei 2018, PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu, memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengikut undang-undang berhak untuk membentuk kerajaan baharu dengan mudah majoriti.

PH memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berdasarkan persetujuan sebelum pilihan raya.

Iklan

Sementara itu, A Kadir turut membalas komen pelayar yang bertanyakan sekiranya sudah dihentam tetapi tidak berubah.

Beliau berkata, tidak perlu untuk memangkah pada pilihan raya akan datang sekiranya tiada perubahan berlaku.

"Tapi kalau ada yang kasih hendak belajar, saya tetap akan nasihat dan bagi tunjuk ajar. Terima kasih," katanya.