Seorang maut ditikam di pusat Scientology Sydney

Iklan
Seorang maut, manakala seorang lagi cedera dalam serangan di pusat Scientology di Sydney hari ini. - Foto ABC

SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditikam dalam insiden serangan di pusat Scientology di Sydney, hari ini.

Kedua-dua lelaki yang ditikam dikejarkan ke hospital, namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Seorang lagi mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Setakat ini, tidak dapat disahkan sama ada kedua-dua mangsa adalah anggota Gereja Scientology yang dibuka pada 2016 oleh ketua Gereja Scientology, David Miscavige dan berfungsi sebagai ibu pejabat organisasi berkenaan di Australia.

Iklan
Iklan

Susulan insiden terbabit, polis New South Wales menahan seorang suspek berusia 16 tahun untuk soal siasat. - AFP