Graduan protes: Kit Siang sepatutnya redakan kontroversi

Iklan
Graduan Universiti Malaya (UM) protes di pentas majlis istiadat konvokesyen tular di media sosial baru-baru ini.

SHAH ALAM - Veteran DAP, Lim Kit Siang sepatutnya perlu bertindak meredakan kehangatan kontroversi berkaitan protes graduan, Wong Yan Ke semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-59 Universiti Malaya (UM).

Aktivis Mahasiswa UM, Ahnaf Yunus berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila Kit Siang lebih cenderung mengeluarkan kenyataan berkenaan penarikan semula laporan polis yang dibuat oleh universiti itu.

Iklan
Iklan

"Rata-ratanya rakyat Malaysia tahu akan isu ini setelah ia tular di media sosial dan dilaporkan media. Sewajarnya pimpinan parti politik yang katanya disegani perlu memberi respons yang lebih diterima majoriti rakyat di negara ini.

"Kenyataan tempoh hari memberi gambaran seperti beliau mengiyakan tindakan mahupun konteks yang telah dipaparkan pada plakad protes Yan Ke," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Katanya, beliau turut mempersoal pendirian Kit Siang sama ada bersetuju dengan dakwaan bahawa Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim sebagai rasis sekiranya veteran DAP itu bersetuju dengan protes Yan Ke.

"Jika tidak, beliau wajar mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan ayat yang dilontarkan oleh graduan itu ketika berada di atas pentas.

Iklan

"Majoriti rakyat akui apa yang dilaungkan oleh Yan Ke itu telah memecah ketenteraman awam baru-baru ini. Komen-komen daripada akaun Facebook dan Twitter sebenar (bukan akaun palsu mahupun 'cybertroopers') netizen telah melontarkan makian dan ayat-ayat yang berbaur perkauman memandangkan isu ini telah dikaitkan dengan Kongres Maruah Melayu.

"Ibu bapa, saudara mara dan kawan-kawan graduan UM lebih cenderung untuk bertanya tentang isu ini berbanding untuk mengucap tahniah kepada mereka.

"Persoalan yang amat menjadi tanda tanya orang ramai adalah apa yang rasis sehinggakan Yan Ke menjerit dan mengganggu majlis rasmi ulung bagi sesebuah universiti?" soalnya.

Menurutnya, sudah menjadi pendirian mahasiswa untuk tidak mahukan ahli politik mencampuri urusan di dalam kampus, terutama dan isu-isu kontroversi.

"Tindak-tanduk Kit Siang ini seperti mempunyai kepentingan dalam kampus memandangkan beliau juga telah mempersoal tentang kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kongres Maruah Melayu sebelum ini.

"Kami menghormati tindakan Yan Ke dalam isu kebebasan bersuara, tetapi langsung tidak terhadap tindakan Kit Siang yang lebih cenderung untuk mendesak penarikan balik laporan polis berbanding untuk menenangkan ketenteraman awam," katanya.