Komik propaganda: Maszlee perlu tanya timbalan menterinya, kata Najib

Iklan
Najib mendedahkan Kuan Yau mengadakan pertemuan dengan Nie Ching bagi menyerahkan dan memberikan taklimat berkaitan berkaitan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik perlu bertanyakan kepada Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berhubung kebenaran mengedarkan komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada 2,500 sekolah menengah serta sekolah menengah jenis kebangsaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa penulis komik tersebut, Hew Kuan Yau pada 12 September lalu telah mengadakan lawatan ke atas Nie Ching bagi menyampaikan komik propaganda dalam tiga bahasa dan perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook miliknya.

Iklan
Iklan

Beliau mendakwa, Kuan Yau turut memaklumkan beliau memberikan taklimat kepada Nie Ching bagaimana murid-murid sekolah boleh mendapat manfaat daripada inisiatif jalur dan jalan negara China.

"Selepas itu, komik propaganda itu mula diedarkan kepada semua sekolah menengah pada awal Oktober.

Iklan

"Maszlee nafi dia memberi kebenaran untuk komik propaganda itu diedarkan kepada 2,500 sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tapi Maszlee ada tanya timbalan menteri dia tak?," soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Najib mendakwa, walaupun Kuan Yau telah menutup halaman utama Facebooknya tetapi tindakan tersebut sudah terlambat kerana beliau telah membuat semakan.

Iklan

"Walaupun Kuan Yau dah tutup page utama dengan 400,00 pengikut itu hari ini tetapi dia sudah terlambat kerana kita dah lama buat checking (semakan)," katanya.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan Najib bahawa pihaknya membenarkan komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.