Impian anak OKU jumpa Ustaz Ebit Lew tercapai

Iklan
Setibanya di rumah, adik bernama Azim itu terus memeluknya dan mencium beberapa kali.

"USTAZ tolong saya, anak OKU nak jumpa ustaz" demikian kata-kata seorang bapa ketika bertemu dengan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ebit Lew telah singgah ke rumah salah seorang daripada peserta program ceramahnya ketika berkunjung ke Melaka.

Iklan
Iklan

"Sebak menangis. Bila selepas ceramah ayah adik ini pegang tangan saya. Katanya, anaknya selalu dengar ceramah ustaz. Dia OKU. Nak jumpa ustaz.

"Nangis dia nak jumpa ustaz. Kami selalu buka ceramah ustaz padanya. Boleh ke ustaz. Dia terbaring dekat rumah. Nak jumpa ustaz," tulisnya.

Iklan

Menurut Ebit Lew, setibanya di rumah, kanak- kanak OKU bernama Azim itu terus memeluknya dan mencium beberapa kali.

"Bagaikan tidak percaya saya ada di depannya. Dia menjerit nak cakap. Terima kasih. Cakap nak peluk.

Iklan

"Keluarga dia terjemahkan apa dia nak cakap. Dia gembira masa lepas kena peluk dan cium. Orang diuji berat nanti dapat kedudukan yang tinggi di syurga," katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, anak-anak OKU ini memiliki hati yang cukup bersih dan ikhlas.

Malah Ebit Lew juga memberitahu, bahawa mulianya seorang ibu bapa yang menjaga anak OKU kerana memiliki darjat yang tinggi di sisi ALLAH SWT.