Tiga kampung dilanda angin puting beliung

Iklan
Angin puting beliung melanda tiga desa di Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia, malam tadi.- Foto Agensi

JAWA TENGAH - Tiga kampung di Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia dilanda angin puting beliung malam tadi.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Wilayah Boyolali, Bambang Sinungharjo berkata, tiga kampung yang terlibat adalah Tlogolele, Klakah dan Jrakah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan 20 rumah rosak namun tiada yang terkorban.

"Sekurang-kurangnya 20 buah rumah rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kuat," katanya.

Iklan

Katanya, ribut yang bergerak dari lereng gunung Merapi turut membawa bahan dari gunung berupa debu pasir.

Selepas kejadian itu, penduduk bergotong-royong memperbaiki bumbung rumah yang rosak.- Agensi

Iklan