Keputusan batalkan saman kecuaian berkhatan minggu depan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Permohonan kerajaan dan empat yang lain untuk membatalkan saman yang difailkan remaja 18 tahun berhubung dakwaan kecuaian semasa proses berkhatan, diputuskan pada Isnin depan.

Permohonan dibuat oleh lima defendan iaitu pegawai perubatan dan Pengarah Hospital Kuala Lipis, Pahang, doktor pakar dan Pengarah Hospital Selayang, Selangor serta kerajaan Malaysia akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Iklan
Iklan

Peguam plaintif, Eliza Bakar ketika dihubungi memberitahu kes akan diteruskan sekiranya permohonan defendan ditolak.

Pada 19 Julai lalu, remaja berkenaan memfailkan saman itu terhadap defendan menerusi ibunya.

Iklan

Dalam tuntutan itu, dia mendakwa pada 13 Disember 2010, jam 10 pagi, pembantu perubatan selaku defendan pertama bersama pembantunya telah menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua dan ketiga ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya, yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Pegawai perubatan tersebut didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila memotong keseluruhan kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan selain mendakwa penyambungan semula kepala alat sulit itu dibuat tanpa prossedur betul.

Iklan

Dakwa plaintif, semasa anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan juga tidak memaklumkan kepadanya serta keluarga bahawa keseluruhan kepala alat sulit itu, glans penis terputus akibat prosedur berkhatan.

Sebaliknya dia dimaklumkan hanya saluran kencing anaknya telah terpotong.

Akibat kecacatan kekal itu, remaja berkenaan telah berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.