Isu prestasi dan kebijaksanaan menteri

Iklan
Hantaran A Kadir Jasin di Facebook beliau semalam.

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengangkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kedua kelmarin. Jokowi memulakan era baharu Indonesia itu dengan nada yang sungguh tegas.

Tidak meraikan pelantikan itu dengan ucapan puji-pujian, Jokowi memilih untuk memberi amaran keras kepada para menteri dalam Kabinetnya yang malas dan tidak serius.

Iklan
Iklan

Janji Jokowi: menteri malas tidak akan diampun dan seterusnya akan dipecat.

Isu prestasi hambar menteri bukan sahaja menjadi perbincangan hangat di Indonesia, bahkan di Malaysia juga ia kerap diperkatakan.

Iklan

Tolak dan abaikan sahaja jika isu tersebut dibangkitkan oleh pembangkang kerana memang tugas mereka mencari lompang-lompang kerajaan.

Namun, apabila isu itu disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan prestasi sesetengah menteri, maka ada sesuatu yang perlu dilakukan segera oleh para menteri.

Iklan

Selain Dr Mahathir, isu prestasi menteri itu sudah banyak kali dibangkitkan Tokoh Wartawan Negara yang juga Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.

Sebelum ini Kadir membuat teguran kerana ada menteri yang tidak mendengar nasihat Dr Mahathir atau mempunyai masalah komunikasi apabila kerap membuat kenyataan media yang dianggap kurang bijak.

Namun, kelmarin Kadir ternyata kecewa apabila mendakwa kenyataan seorang menteri menjadi punca kepada kejatuhan harga saham Malaysia Airports Holding Bhd.

Kemuncaknya, semalam nada Kadir kini sudah sekeras Presiden Jokowi.

Bagi Kadir, masa untuk menasihat sudahpun tamat."Sekarang hantam sajalah,” katanya.

Yang pasti, dalam memastikan ekonomi dan pembangunan negara berdiri kukuh, Malaysia perlu mempunyai barisan menteri berkredibeliti.

Masa untuk menjaja alasan menyalahkan kerajaan lama sudah berlalu, menteri perlu mencipta zaman kegemilangan sendiri dalam portfolio mereka.

Pasukan menteri atau kerajaan sendiri perlu memastikan adanya sistem semak dan imbang prestasi menteri bagi memastikan mereka melepasi KPI yang ditetapkan. Jika tidak, khabar angin mengenai rombakan Kabinet akan terus bertiup kencang.