Harap kerajaan tak sorok isu harga minyak

Iklan
Datuk Nadzim Johan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan segera mengumumkan harga minyak baharu bagi meredakan tanda tanya orang ramai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu minyak ini adalah perkara sensitif dan ramai yang menantikan apa sahaja keputusan kerajaan.

Iklan
Iklan

"Jadi kita perlu tahulah, jangan pula kerajaan menyorok maklumat. Saya fikir perkara ini eloklah beritahu rakyat bagi menjawab persoalan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Nadzim berkata, sekiranya masih tidak diumumkan, pelbagai isu lain akan timbul.

Iklan
Iklan

"Mungkin kerajaan sedang membuat semakan, lebih-lebih lagi apabila harga minyak di pasaran menurun dan saya sudah lama mengharapkan kerajaan memberi minyak subsidi,” katanya.