14 cawangan Amanah Kangar bubar sudah dijangka: MB

Iklan
Azlan Man

KANGAR - Dakwaan berkaitan pembubaran 14 cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) di Kangar sudah dijangka, demikian reaksi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.

Menurutnya, keahlian Amanah sememangnya tidak kuat dan keputusan mereka untuk membubarkan sudah dapat dijangkakan.

Iklan
Iklan

"14 cawangan itu pun berapa kerat sahaja ahli dan kemungkinan kesemua ahli berkenaan memegang setiap jawatan," katanya.

Tambah Azlan, Amanah boleh digambarkan seperti parti yang hanya wujud pada siang hari dan hilang pada waktu malam.

Iklan

"Saya sendiri tak pasti siapa ketua dan ahli jawatankuasa parti berkenaan dan berkemungkinan cawangan yang ditubuhkan tidak sah.

"Keputusan untuk bubar itu saya rasa sangat elok dan kalau mereka nak masuk BN (Barisan Nasional) kita akan buat penelitian sama ada layak atau tidak," katanya.

Iklan

Semalam Sinar Harian melaporkan Amanah Kawasan Kangar berkemungkinan terbubar berikutan kesemua jawatankuasa parti peringkat cawangan bertindak membubarkan cawangan.

Bekas Ketua Amanah Kawasan Kangar yang juga Ketua Amanah Cawangan Kampung Syed Omar, Mokhtar Che Kassim berkata, tindakan itu dibuat selepas kesemua cawangan terbabit merasakan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan semula Jawatankuasa Kawasan Kangar.

ARTIKEL BERKAITAN: Amanah Kangar bakal terkubur?