Otai Reformis tekad mahu Anwar jadi PM-8

Iklan
Idris (duduk dua, kanan) bersama Setiausaha Agung Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail (duduk tiga, kiri) ketika memberi sokongan penuh terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang media khas di Dewan Amjal hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Otai Reformis 1998 bertekad pertahan lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam tempoh dua tahun dan akan tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba menggagalkan peralihan kuasa tersebut.

Pengerusinya Dr Idris Ahmad mendakwa wujud segelintir pihak yang dilihat cuba menggagalkan peralihan kuasa ini seperti mana dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Iklan
Iklan

Katanya ini termasuk ada cadangan perwakilan Bersatu pada Perhimpunan Agung Bersatu baru-baru ini yang mahu supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal.

"Kalau teliti Konvensyen Bersatu, ada usaha-usaha ditonjolkan oleh anggota Bersatu, sangat jelas ada pihak yang mahu halang Anwar," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Iklan

Berikutan itu, Dr Idris berkata pihaknya yang terdiri daripada kira-kira 1,000 anggota terpanggil untuk menyatakan pendirian hari ini, supaya segala persoalan yang berbangkit berkenaan isu perlantikan Anwar sebagai perdana menteri tidak akan mewujudkan prasangka lagi.

Tegasnya sekiranya perjanjian berkenaan dilanggar, pihaknya akan tentang habis-habisan.

Iklan

"Kita ada rancangan sendiri. Apabila tentera bergerak, anda tidak dapat memberitahu strategi anda. Apabila tiba masanya kita akan bertindak dengan sewajarnya. Saya tidak boleh mendedahkan strategi kami,"katanya. - Bernama