Wujud geran tanah palsu di Kedah: Mukhriz

Iklan
MUKHRIZ

ALOR SETAR - Tanah berstatus Hutan Simpan Kekal Cheba Mukim Tekai di daerah Padang Terap tidak pernah diluluskan hak milik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemungkinan ada pihak mengambil kesempatan menjual tanah berkenaan tanpa pengetahuan dengan mengemukakan nombor PT palsu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara kaedah untuk mengenal pasti geran sah atau palsu adalah dengan melihat kepada jumlah nombor PT.

"Kebiasaan terdapat empat nombor PT bukan lima nombor. Nombor PT yang didedahkan itu masih belum wujud di buku daftar nombor PT di Pejabat Tanah Daerah Padang Terap,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Radzi Md Amin (Pas-Pedu) berhubung kemungkinan wujud geran tanah palsu di Hutan Simpan Kekal Cheba pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

Iklan

Sebelum itu Mohd Radzi mendedahkan beberapa geran tanah yang dikemukakan pemilik antaranya bernombor PT 20000, PT 15020 serta PT 45604.

Mukhriz berkata, berdasarkan semakan melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan nombor PT terbabit, ia tidak wujud.

Iklan

"Kerajaan negeri tidak bercadang untuk berikan pemberimilikan, jika tanah itu dirancang untuk tujuan itu, ia akan dijadikan sebagai tanah berstatus pajakan 99 tahun dan bersyarat pertanian,” katanya.

Menurutnya, sekiranya hak milik didaftarkan, hak itu dilindungi bawah Kanun Tanah Negara dan tidak boleh disangkal.

Menjawab soalan Mohd Radzi berkaitan tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi kecelaruan status tanpa menganiaya pemilik tanah Mukhriz berkata, jika hak milik yang didaftarkan itu berada dalam kawasan Hutan Simpan Kekal, kawasan itu perlulah dicabut keluar dari status Hutan Simpan.

Ketika menjawab soalan tambahan Mohd Isa Shafie (Pas-Belantek), berhubung kemungkinan juga terdapat geran bertindih antara pemilik, Mukhriz berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana pemilikan geran didaftarkan dengan Pejabat Tanah Daerah.

"Jika ada keraguan dan dakwaan seperti itu, saya mohon pemegang geran buat semakan di Pejabat Tanah Daerah,” katanya.