Seoul tambah perbelanjaan pertahanan RM176 bilion

Iklan
Moon Jae-in. -Foto: AFP

SEOUL - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan menggesa Pyongyang kembali menyertai dialog dalam ucapan belanjawan hari ini.

Bercakap kepada Parlimen, Jae-in berkata, pertahanan yang kuat adalah penting dalam menentukan nasib sendiri.

Iklan
Iklan

Oleh itu perbelanjaan pertahanan akan dinaikkan sebanyak tujuh peratus kepada lebih AS$42 bilion (RM176 bilion) tahun depan.

"Kami akan mengukuhkan sistem pertahanan teras dengan meningkatkan aset seperti kapal selam dan satelit pengawasan," katanya.

Iklan

Difahamkan pengumuman itu dibuat selepas Korea Utara pada bulan ini menguji peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam sekali gus menunjukkan fasa baharu dalam keupayaannya.

Pyongyang kini berada di bawah pelbagai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program nuklear dan peluru berpandunya. - AFP

Iklan