128 bot nelayan asing ceroboh perairan negara ditahan

Iklan
Munir (tengah) ketika bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Kejayaan Penyelidikan Ternakan Udang Putih Super Intensif di FRI Gelang Patah hari ini.

GELANG PATAH - Jabatan Perikanan Malaysia mencatatkan sebanyak 128 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara sepanjang tahun ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, sebahagian besar bot yang ditahan dari Vietnam dan Thailand.

"Selepas Ops Naga yang dijalankan inter kementerian sebelum ini, pencerobohan bot asing ke perairan negara menunjukkan penurunan secara drastik.

Iklan

"Setakat ini kita sudah tahan 128 bot nelayan asing yang kebanyakannya dari Vietnam kemudian Thailand dan ada juga dari Indonesia," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Kejayaan Penyelidikan Ternakan Udang Putih Super Intensif di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Gelang Patah hari ini.

Sinar Harian hari ini mendedahkan hasil laut negara dibolot nelayan asing dan menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketirisan mencecah RM5 bilion setahun.

Iklan

Menurutnya operasi inter kementerian itu wajar diluaskan bagi memastikan aktiviti pencerobohan ini dapat kita kekang dan dikurangkan.

Katanya, daripada angka ketirisan RM5 bilion itu, RM1.8 bilion merupakan kerugian melibatkan sumber perikanan laut dalam.