TUMPAT - Angin kencang dipercayai tempias ribut siklon tropika yang bermula semalam tidak menghalang peniaga beroperasi seperti biasa namun dilihat menggunakan kanopi untuk melindungi gerai.
Peniaga di Pantai Geting, Abdul Rahman Ghazali, 55, berkata, dia memasang tabir menggunakan kain kanopi kalis air agar gerainya terlindung daripada angin kencang.