'Jumpa selipar tepi sungai'

Iklan
Mangsa pertama ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi.

SIK - Perasaan tidak sedap hati seorang isteri apabila suaminya tidak menjawab panggilan telefon dan WhatsApp sejak semalam terjawab setelah suaminya ditemukan lemas berdekatan pintu air Ibu Bekalan Skim Pengairan Tanjung Sik di Kampung Charuk Kit di sini pagi tadi.

Lebih menyayat hati, Muhammad Naim Ahmad, 28, ditemukan lemas bersama sepupunya, Mohd Faris Iqbal Hafzainizam, 15.

Iklan
Iklan

Norsyahida Zaharuddin, 28, berkata, dia bimbang sesuatu yang berlaku terhadap suaminya, Muhammad Naim setelah beberapa panggilan tidak dijawab sejak semalam.

Norsyahida (kanan) ketika ditemui di lokasi kejadian.

"Saya telefon dan WhatsApp dia berkali-kali sebab nak beritahu dah beli susu anak tapi dia tak jawab. Selalu dia tak pernah macam ni," katanya.

Iklan

Norsyahida kemudian menghubungi rakan Muhammad Naim yang kemudian membuat pemeriksaan ke lokasi tempat suaminya bertugas sebagai penjaga pintu air Ibu Bekalan Skim Pengairan Tanjung Sik di Kampung Charuk Kit, Sik, Kedah.

Norsyahida ketika ditemui di lokasi kejadian.

"Depa pi tempat kerja dia semalam tapi jumpa selipar saja di tepi sungai berdekatan pintu air.

Iklan

"Saya tak sangka nak jadi benda ni namun saya reda dengan ketentuan takdir," katanya.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu, Mohd Aryan Rizqi, 3 dan Mohd Airil Rifqi, 5 bulan.

Gambar kenangan Muhammad Naim bersama Norsyahida dan anak mereka.

Menurutnya, Muhammad Naim yang merupakan kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini bertugas di JPS Kuala Muda dan dipindahkan ke JPS Sik kira-kira dua tahun lalu.

"Baru dua minggu suami kena jaga pintu air ini dan dia berulang-alik setiap hari dari Alor Setar ke Sik," katanya.

Pintu air di mana lokasi Muhammad Naim bertugas.

Difahamkan, Mohd Faris yang menemani Muhammad Naim bertugas semalam, ditemukan lemas kira-kira jam 11 pagi tadi manakala Muhammad Naim ditemukan pada jam 1.40 petang tadi.

Mohd Faris

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Razak Osman berkata, mangsa pertama ditemukan lebih kurang empat kilometer dari lokasi terjatuh manakala mangsa kedua ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi pertama ditemui.

Mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat.

Kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Kampung Tandop, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Jurutera JPS Kuala Muda, Sik dan Baling, Baharudin Ahmad berkata, Muhammad Naim ditugaskan menjaga pintu air di kawasan berkenaan bagi mengawal pengairan laluan air ke kawasan penanaman padi.

Pasukan keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurutnya, tugasan itu diambil alih Muhammad Naim secara rasmi 10 Oktober lalu setelah kakitangan yang bertugas mengendalikan pintu air berkenaan bersara.