Twitter MB diasak soalan, desakan netizen

Iklan
Status dimuat naik Amirudin di akaun Twitter miliknya yang menerima pelbagai reaksi daripada netizen

SHAH ALAM - Akaun Twitter Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari diasak soalan dan desakan selepas beliau mengumumkan jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Amirudin sebelum itu menerusi akaun Twitter miliknya berkata, jumlah pelaburan di Selangor mencecah nilai RM8.25 bilion sehingga September lalu dan ia melepasi sasaran RM7 bilion malah lebih tinggi daripada RM5.59 bilion pada 2017.

Iklan
Iklan

"Sehingga September 2018, jumlah pelaburan di Selangor mencecah nilai RM8.25 bilion, melepasi sasaran RM7 bilion dan lebih tinggi daripada RM5.59 bilion pada 2017.

"Selangor kekal destinasi pelaburan paling popular di Malaysia dengan kelulusan 143 projek,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun di ruangan komen, pelayar Twitter mempersoalkan mengapa air percuma dihadkan kepada pengguna jika jumlah pelaburan di Selangor menunjukkan peningkatan.

Tidak kurang juga yang menyuarakan aduan jalan berlubang, isu kesesakan trafik dan masalah gejala sosial pada ruang komen dan ditujukan kepada pemimpin nombor satu Selangor itu.

Antara persoalan dan desakan dibuat kepada Amirudin di ruangan komen selepas Menteri Besar Selangor itu memuat naik status mengenai peningkatan pelaburan di negeri ini.

Iklan

Pelayar Twitter, Uthman mempersoalkan mengapa bantuan air perlu dihadkan dan menyatakan ia perlu dikembalikan kepada semua.

"Jadi kenapa perlu hadkan air percuma pada B40 sahaja? Kembalikan kepada semua. Makin anda khidmat dengan baik pada rakyat, makin Allah tambahkan rezeki negeri Selangor,” tulisnya.

Class6 pula menulis jika pelaburan lebih tinggi mengapa program bantuan rakyat dikurangkan.

"Lebih tinggi! Jangan la macam tu kalau benar apa yang diharapkan, kenapa kerajaan negeri kurangkan program bantuan rakyat, dulu perintah kerajaan negeri sahaja, sekarang dah jadi komponen kerajaan persekutuan dah mula lupa daratan,” tulisnya.

Shahrizal Rahim pula dalam komennya mempersoalkan sama ada program bantuan air percuma akan dikembalikan semula selepas menteri besar mengumumkan peningkatan jumlah pelaburan di negeri ini.

"Alhamdulillah banyak rezeki negeri Selangor. Boleh dapat balik air percuma 20 meter padu?." soalnya.

Bagaimanapun ada juga yang memuji Amirudin dengan berkata, ia penanda prestasi selepas memegang jawatan itu bermula Jun lalu.