Lubang lapisan ozon capai saiz paling kecil

Iklan
Perbezaan saiz lubang lapisan ozon yang direkodkan sejak 2014 hingga 2019.

WASHINGTON - Lubang pada lapisan ozon dilaporkan mencapai saiz paling kecil sejak saintis mula memantaunya pada 1982 berikutan corak cuaca luar biasa di bahagian atas atmosfera Antartika.

Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan saiz lubang ozon berubah-ubah setiap tahun ia ukurannya lebih besar ketika bulan musim sejuk di hemisfera selatan bermula akhir September hingga awal Oktober.

Iklan
Iklan

Pemerhatian terkini dari angkasa menunjukkan saiz lubang itu berukuran kurang daripada 3.9 juta batu persegi berbanding 6.3 juta yang direkodkan pada 8 September lalu.

Pakar memberitahu saiz lubang ozon pada waktu ini biasanya adalah kira-kira 8 juta batu persegi.

Iklan

Menurut NASA, 'bahan utama' dalam proses pemusnahan ozon adalah awan stratosfera kutub yang menyebabkan tindak-balas kimia apabila ia membebaskan sisa digelar 'radikal bebas' yang memusnahkan zarah ozon di sekitarnya.

Suhu global tahun ini yang lebih panas akibat corak cuaca luar biasa dikatakan telah membantu untuk mengehadkan perkembangan awan ini, sekali gus memberi tempoh lebih lama dalam proses pemusnahan ozon.

Iklan

Keadaan itu bagaimanapun telah menyebabkan lubang ozon menjadi lebih kecil berbanding sebelum ini.

Difahamkan, ia adalah kali ketiga dalam tempoh 40 tahun sistem cuaca telah menyebabkan suhu stratosfera lebih panas dan 'menghentikan' pemusnahan ozon.

Corak cuaca sama yang membawa kepada saiz lubang ozon mengecil pada kadar luar biasa juga pernah direkodkan pada 1988 dan 2002.

Lapisan ozon stratosfera membantu menghalang sinar radiasi ultraungu dipancarkan secara terus daripada matahari, melindungi kehidupan di bumi dari kesan berbahaya seperti barah kulit, katarak dan kerosakan pada tumbuhan. - Agensi