SKUAD negara gagal mara ke peringkat semi final Kejuaraan Futsal AFF 2019 selepas tewas 4-6 kepada Australia pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Phu Tho, Ho Chi Minh City, Vietnam sebentar tadi.
Skuad kendalian Chiew Chun Yong itu yang tampil dengan misi wajib menang ke atas The Futsalroos terlebih dulu ketinggalan 1-5 pada babak pertama hasil jaringan Grant Lynch seawal minit pertama dan ke-14, Gregory Giovenali (3), Adam Cooper (6) dan Nathan Niski (18).
Iklan
Iklan
Malaysia bernasib baik apabila memperoleh gol pertama selepas Giovenali menjaringkan gol sendiri pada minit ke-20.
Bersambung babak kedua, Malaysia kembali bangkit untuk menyaingi skuad kendalian Rob Varela itu apabila Mohd Ridzwan Bakri meledak hatrik, masing-masing pada minit ke-29, 34 dan 38.
Bagaimanapun, Australia memusnahkan sisa-sisa perjuangan Malaysia yang tewas 2-3 kepada Indonesia semalam apabila Jarrod Basger menjaringkan gol keenam The Futsalroos pada penghujung perlawanan.