MB, bekas MB Johor calon PH di Tanjung Piai?

Iklan
Sahruddin dan Osman

KUALA LUMPUR - Nama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan bekas menteri besar, Datuk Osman Sapian tersenarai sebagai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, namun menegaskan masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

Iklan
Iklan

"Setakat ini nama dia (Osman) ada tersenarai tapi kita belum buat keputusan.

"Ada cadangan daripada pihak akar umbi yang mencadangkan nama beliau dan nama Menteri Besar yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Iklan

Sementara itu beliau berkata, Bersatu akan mengumumkan calon mereka dalam masa terdekat.

"Dalam masa terdekat akan umum calon. Ada beberapa tarikh tapi belum putuskan,” katanya.

Iklan

Dua hari lepas, tular poster ucapan tahniah kepada Osman atas pemilihannya sebagai calon Bersatu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK Parlimen Tanjung Piai, bulan depan.

Poster berserta gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada beliau calon PRK Tanjung Piai memandang kriteria anak tempatan yang disebut pucuk pimpinan turut dimiliki Osman.

Bagaimanapun, Osman ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin yang dimainkan pihak tertentu terutamanya menjelang penamaan calon pada 2 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai: Bersatu akui tidak selesa, kata Rina Harun