Budak 7 tahun putus jari ketika panjat pintu jeriji

Iklan
Najwan dirawat di hospital.

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun kehilangan jari kelengkeng selepas tersangkut ketika memanjat pintu jeriji rumahnya.

Muhammad Najwan Faiz Mohammad Nasron merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 3 di sini.

Iklan
Iklan

Menurut kakaknya, Noraznira Mohammad Nasron, 28, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 1 tengah hari.

"Adik saya memanjat jeriji besi (grill) pintu rumah. Bila dia nak turun dari pagar itu, pintu bergerak menyebabkan jarinya tersangkut.

Iklan

"Dia menangis dan darah keluar banyak. Kami mencari jari yang putus tapi tak jumpa lalu terus bawa adik ke Klinik Kesihatan Chiku 03.

"Tiba di klinik, adik terus dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan kami jumpa jarinya tersangkut di bunga pagar besi itu," katanya.

Iklan
Jari Najwan terpaksa dibuang semula kerana sudah mati.

Tambah Noraznira, dia membawa jari adiknya ke hospital dan doktor terus meletakkan jari itu ke dalam ais kerana jarinya masih hidup.

"Pembedahan menyambungkan semula jari adik dijalankan pada jam 7.30 petang dan ia memakan masa lebih dua jam.

"Doktor memberitahu, ada satu urat sahaja yang masih boleh disambung kerana yang lain semuanya hancur.

"Bagaimanapun hari ini, jarinya terpaksa dibuang semula kerana ia sudah mati dan kehitaman. Adik menangis apabila diberitahu jarinya terpaksa dibuang," katanya.