Peniaga tidak pamer larangan merokok berdepan hukuman

Iklan
Dr Khalid menunjukkan tanda larangan merokok mengikut spesifikasi yang ditetapkan kementerian kepada pemilik premis makanan.

KLANG – Kira-kira 50 peratus daripada 70,000 premis makanan berdaftar di Selangor tidak mempamerkan tanda larangan merokok mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, tempoh enam bulan diberikan kepada pengusaha premis makanan termasuk peniaga trak makanan dan gerai untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mereka akan diberikan notis peringatan sekiranya gagal mempamerkan tanda larangan dalam masa yang ditetapkan.

"Sekiranya ingkar, selepas tempoh ini tamat, mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara enam bulan.

Iklan

"Bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan merokok, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Pelaksanaan Penguatkuasaan Pendidikan Kesihatan Premis Makanan (Larangan Merokok) di premis perniagaan sekitar Andalas , hari ini.

Iklan

Katanya, Jabatan Kesihatan Selangor memulakan Ops Penguatkuasaan Pendidikan Kesihatan Premis Makanan (Larangan Merokok) sejak 1 Januari lalu di premis makanan sempena pewartaan larangan berkenaan.

Tambah beliau, ops berkenan akan berjalan sepanjang tempoh enam bulan dan melibatkan seramai 484 penguat kuasa kesihatan.

"Sehingga semalam, seramai 167 penguat kuasa kesihatan turun padang melawat 1,494 premis di seluruh Selangor.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 648 premis masih tidak memasang tanda larangan merokok dan 22 perokok yang masih merokok di kawasan yang diwartakan. Kita turut mengeluarkan 684 notis peringatan,” katanya.

Tambah beliau lagi, sebanyak 4,044 risalah pewartaan larangan merokok turut diedarkan kepada orang awam.

"Kita jangka akan melawat 1,300 premis setiap hari dan setakat ini penerimaan dan pemahaman masyarakat serta pemilik kedai amat memberangsangkan,” katanya.