Komik propaganda beri impak negatif hubungan China-Malaysia

Iklan
Kah Keong menunjukkan salah satu halaman komik yang menghina Tun Abdul Razak.

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendesak pihak berkuasa merampas semua komik propaganda, Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang didakwa telah diedarkan kerana dilihat boleh memberi kesan negatif kepada hubungan antara China dan Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong berkata, mesej dan isi kandungan komik berkenaan yang mengelirukan itu boleh mewujudkan salah faham antara kedua-dua negara.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama beliau turut tertanya-tanya sama ada Kedutaan China bersetuju dengan mesej atau isi kandungan komik tersebut.

"Pihak berkuasa perlu bertindak segera termasuk merampas semula naskhah-naskhah yang telah diedarkan.

Iklan

"Bagaimana komik ini boleh disebarkan ke sekolah-sekolah menengah. Ini adalah jarum halus yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghalang pengedaran komik berkenaan sejak awal perlu disiasat dengan teliti apatah lagi ia jelas mempunyai propaganda politik yang turut terkandung penghinaan terhadap pemimpin terdahulu.

Iklan

"Dalam komik ini jelas penulis mengagungkan apa yang mereka suka dan menghina apa yang mereka tidak suka.

"Kita tahu masyarakat Cina dulu dari DAP banyak propaganda dan memang ada persepsi negatif terhadap (bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak Hussein.

"Salah satu halaman dalam komik menggambarkan Tun Abdul Razak sebagai pemimpin yang hipokrit," katanya.