KUALA TERENGGANU – Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersama Tati University College (TATIUC) menjalinkan kerjasama bagi pembangunan akademik atlet di negeri ini sekali gus melahirkan kumpulan atlet yang mahir, cekap dan berpendidikan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebagai permulaan atlet sukan bina badan dipilih sebagai pilot projek hasil pemeteraian jalinan kerjasama yang berkuat kuasa hari ini.
Iklan
Iklan
"Ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri dalam menjadikan atlet negeri ini bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi juga berpendidikan dan mempunyai perancangan pengajian yang jelas. Selepas ini kita akan turut beri tumpuan kepada atlet-atlet dalam bidang sukan yang lain.
"Inisiatif ini juga adalah yang pertama di negara ini di mana mereka yang dipilih itu bukan sahaja belajar di TATIUC dalam jurusan yang disebutkan bahkan latihan mereka berstruktur dan TATIUC akan cari jalan untuk meningkatkan mutu latihan supaya lebih teratur,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Samsuri, antara bidang kerjasama ialah penerimaan atlet pelajar dari rakan institusi bagi satu tempoh pengajian atau penyelidikan, penyediaan pusat latihan dan pembelajaran khusus kepada atlet-atlet negeri dalam pelbagai bidang sukan serta merekabentuk komponen-komponen peralatan sukan.
Katanya, Memorandum Persefahaman (MoU) itu mula berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 23 Oktober 2019 dan lanjutan tempoh kerjasama itu dibuat berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.
Artikel Berkaitan