39 mayat ditemukan di dalam sebuah lori

Iklan
39 mayat ditemukan di dalam sebuah lori di Taman Perindustrian Waterglade, Eastern Avenue, Grays kira-kira jam 1.40 pagi tadi. - Foto Agensi

LONDON - Sebanyak 39 mayat ditemukan di dalam sebuah lori di Grays, England termasuk satu anggota badan dipercayai seorang remaja.

Panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa dan bergegas ke Taman Perindustrian Waterglade, Eastern Avenue, Grays, kira-kira jam 1.40 pagi tadi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara ditahan kerana disyaki membunuh ekoran penemuan 39 mayat itu.

Ketua Penguasa Andrew Mariner berkata, ia merupakan insiden tragis di mana sejumlah besar orang telah kehilangan nyawa.

Iklan

"Kami percaya lori itu berasal dari Bulgaria dan memasuki negara ini pada hari Sabtu lalu.

"Kami telah menahan pemandu lori itu berhubung dengan kejadian dan masih dalam tahanan polis untuk soal siasat," katanya.

Iklan

Tambahnya pihaknya akan berusaha memastikan siasatan dilakukan secepat mungkin agar tidak mengganggu kegiatan perniagaan tempatan di kawasan itu.

Katanya, agar tidak mengganggu siasatan laluan keluar masuk ke kawasan itu ditutup sementara. - Agensi