Pena dakwa komik propaganda racun bina negara bangsa

Iklan
Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' mendapat bantahan banyak pihak.

SHAH ALAM - Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mendakwa komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama mengandungi ideologi China, unsur subversif serta penyelewengan fakta merupakan racun bagi pembinaan negara bangsa.

Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata, tujuan komik tersebut diedarkan ke sekolah ialah untuk meracuni fikiran pelajar supaya cenderung menerima ideologi bertentangan dengan ideologi kebangsaan yang sudah dirumuskan dalam prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Kami membantah penerbitan dan pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang dikarang oleh Hew Kuan Yau dan lakarannya oleh Chong Po Ling terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Di samping itu, Pena menyokong penuh tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melarang pengedaran komik tersebut ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Maszlee dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa komik propaganda politik.tidak penah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan dan tidak akan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Beliau juga mengarahkan supaya siasatan segera dibuat oleh kementerian itu sekiranya terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalam bertanggungjawab membenarkan komik tersebut diedarkan di sekolah.

Iklan

Mengulas lanjut Mohamad Saleeh berkata, pengedaran bahan bacaan beracun itu kepada sesiapa sahaja di negara ini tidak boleh diizinkan sama sekali kerana berpotensi mencetuskan ketegangan kaum.

"Kementerian Dalam Negeri perlu mengharamkan komik tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Sekiranya tindakan yang sewajarnya tidak diambil nescaya perbuatan provokatif seumpama itu akan berterusan dan akibatnya akan timbul perlawanan daripada pihak awam. Ini akan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara," katanya.

Menurutnya, campur tangan ahli politik yang membantah pihak berkuasa menjalankan tanggungjawabnya perlu dihukum oleh rakyat secara politik.

"Ahli politik yang telah menjadi kerajaan tidak wajar sama sekali menghalang tindakan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri menghapuskan gejala subversif itu," katanya.