Bersatu sokong Ronnie Liu ke Jawatankuasa Disiplin DAP

Iklan
Ronnie Liu

SHAH ALAM - Parti Bersatu menyambut baik kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke supaya Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu ke Jawatankuasa Disiplin DAP atas kenyataan biadab dan tindakan tidak berdisplin yang dianggap telah mensabotaj parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin berkata, Ronnie bertindak biadab dan tidak berdisiplin apabila mengatakan Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan Bersatu dalam gabungan PH.

Iklan
Iklan

Selain itu Ronnie turut dilihat memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PH.

"Sebagai seorang ahli parti gabungan PH, Ronnie semestinya menghormati Tun Mahathir selaku Pengerusi PH dan juga pengerusi salah satu parti komponen PH iaitu Bersatu.

Iklan

"Bersatu juga mahu seluruh kepimpinan dan ahli parti-parti gabungan PH agar menekankan soal tata etika, disiplin dan sikap saling hormat-menghormati bagi menjaga keharmonian PH," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu Radzi berkata, Bersatu mengingatkan seluruh ahlinya termasuk ahli-ahli parti-parti komponen PH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja membela nasib Rakyat.

Iklan

Katanya, perkara berkenaan menjadi menjadi asas kemenangan di PRU14 lalu dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan Kerajaan Malaysia Baharu.

"Rakyat telah membuat keputusan memilih PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Kepimpinan PH dipelbagai peringkat bertanggungjawab mendokong penuh Perdana Menteri dalam usaha untuk memastikan hasrat dan aspirasi rakyat dapat diterjemahkan dengan cemerlang," katanya.