SHAH ALAM - Perkongsian video seorang wanita yang membuat perkhidmatan mengambil dan menghantar budak dari sekolah dengan menaiki kenderaan persendiriannya yang melebihi muatan mengundang kecaman di kalangan warganet.
Video tersebut yang dikongsi di laman Facebook We Are Malaysian memaparkan beberapa orang pelajar sekolah, mungkin lebih dari 10 orang berhimpit di dalam satu kereta.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, rakaman gelagat wanita tersebut membawa begitu ramai budak sekolah dalam satu kereta, telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakannya membawa penumpang berlebihan adalah sangat bahaya.
Video yang berdurasi 1 minit 16 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 22,000 jumlah tontonan dan 200 meninggalkan tanda marah.
Rata-rata netizen juga meluahkan kerisauan mengenai keselamatan penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah, berharap agar ibu bapa mereka sedar bahawa bahaya tindakan wanita itu adalah berbahaya.
Anne Kuan menulis,"Dia yang membawa budak budak sekolah itu dan dia mengetahui yang pelajar yang dibawa olehnya telah melebihi muatan. Kalau saya, saya takkan dan tak mahu anak saya berada dalam kereta tersebut.
"Sangat bahaya jika membawa orang melebihi muatan khususnya budak-budak sekolah. Kalau terjadi kemalangan,saya tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap perkara ini," luah Ahmad Fathi di Facebook.