Dortmund penakut, kata Conte

Iklan
Conte

PENGENDALI Inter Milan, Antonio Conte melabel Borussia Dortmund sebagai penakut kerana menggunakan formasi bertahan ketika menentang pasukan kendaliannya itu.

Namun, Inter berjaya meraih kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Giuseppe Meazza hasil jaringan Lautaro Martinez dan Antonio Candreva.

Iklan
Iklan

Nerazzurri tampil dengan permainan bertenaga menguasai perlawanan dengan lapan percubaan ke gawang lawan berbanding hanya lima peluang dicipta oleh Dortmund.

Conte memuji kemampuan para pemainnya yang mampu mengadaptasi sistem permainan Dortmund yang meletakkan lima pertahanan ketika bertahan.

Iklan

Menurutnya, perubahan formasi yang biasanya dimainkan Dortmund dengan corak menyerang kepada corak bertahan menunjukkan pasukan dari Jerman itu takut untuk berhadapan Inter.

"Dortmund mengubah sistem mereka menjadi lima pertahan dan ia bererti mereka takut dengan kami dan cuba bermain selamat bagi mengelakkan mereka dibolosi.

Iklan

"Namun, ia tidak berlaku kerana pemain kami mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan mereka. Selepas separuh masa kedua, mereka kembali ke formasi 4-2-3-1. Pada waktu itu, kami mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol.

"Para pemain tahu apa yang mereka buat dengan menekan permainan di tengah padang. Jadi Dortmund tidak mampu bergerak bebas kerana nadi pasukan itu adalah gerakkan di tengah padang," katanya.