DHAKA - Sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman mati ke atas 16 individu selepas didapati bersalah dalam kes kematian seorang remaja perempuan yang dibakar hidup-hidup April lalu.
Pengetua sebuah sekolah pondok, SM Siraj Ud Doula yang bertanggungjawab mengatur serangan itu adalah antara mereka yang dihukum mati.
Iklan
Iklan
Hakim Tribunal Wanita dan Pencegahan Penindasan Kanak-Kanak di bandar Feni, Mamunur Rashid menjatuhkan hukuman terbabit hari ini, hampir tujuh bulan selepas kejadian itu berlaku.
Nusrat Jahan Rafi, 18, pelajar di Sonagazi Islamia Fazil Madrasa dibakar hidup-hidup pada 6 April lalu selepas mengadakan bantahan terhadap penderaan seksual oleh Ud Doula.
Kematian Rafi empat hari kemudian menggemparkan negara dan mencetuskan protes terhadap penindasan wanita dan kanak-kanak perempuan. - Agensi