Gagal seludup arak, rokok

Iklan
Mohammad Hamiddan (kiri) bersama petugas Kastam Johor menunjukkan antara barangan rampasan yang diperoleh dalam operasi itu.

GELANG PATAH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup arak dan rokok bernilai lebih RM400,000 dalam satu operasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini 15 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Johor, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, kesemua rampasan dilakukan di Bay Pemeriksaan Kastam PTP kira-kira jam 2.20 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, JKDM Johor telah memeriksa dua kontena membabitkan arak dan rokok bersama pelbagai jenis minuman dan makanan ringan dari China.

"Bagi kontena pertama, kita telah menemui sebanyak 1,668 karton minuman keras bersama 4,800 batang rokok putih. Kesemua barang ini bernilai RM 59,251 dengan cukai terlibat sebanyak RM 179,382.

Iklan

"Kontena kedua pula kita menemui sebanyak 1,440 karton arak dengan 3,360 batang rokok putih yang dianggarkan bernilai bernilai RM 53,178 dengan cukai terlibat sebanyak RM 178,449," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Johor Cawangan Gelang Patah di sini hari ini.

Mohammad Hamiddan berkata, dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan berkenaan.

Iklan

"Suspek kini telah dikenakan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap kes yang terlibat.

"Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967," katanya.