KOTA BHARU - Tiga warga Thailand termasuk sepasang suami isteri yang berlindung di negara ini dijatuhi hukuman penjara satu hingga lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana memiliki pistol dan peluru.
Bungsak Krempek, 24, dan isteri, A-Noosara Toseng, 20, serta sepupu Bungsak, Santee A Wae, 40, turut dijatuhi hukuman enam sebatan terhadap dua pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.
Mereka didakwa bersama-sama memiliki 150 butir dan tiga pucuk pistol termasuk sepucuk berjenama Smith & Wesson di sebuah rumah di Jalan MDKB, Ketereh di sini pada jam 2.30 pagi 3 Februari lalu.