Sembilan maut insiden berbalas tembakan di Mexico

Iklan
Insiden berbalas tembakan antara dua kumpulan bersenjata di selatan Mexico menyebabkan sembilan terbunuh. - Foto Cen

MEXIXO CITY - Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh susulan insiden berbalas tembakan antara dua kumpulan bersenjata di selatan Mexico, lapor pihak berkuasa hari ini.

Difahamkan, beberapa kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam pengedaran dadah beroperasi di kawasan terbabit dan sering berlaku perebutan laluan pengedaran.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan pejabat peguam tempatan, insiden berlaku di sebuah lebuh raya di kawasan pedalaman negeri Guerrero semalam.

"Mereka yang terbunuh mempunyai kaitan rapat dengan Zenen Nava Sanchez, ketua kumpulan jenayah Los Rojos," kata kenyataan terbabit sambil menambah siasatan berhubung insiden telah dijalankan.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, perebutan kawasan yang berlarutan antara Los Rojos dan kumpulan pesaingnya menyebabkan kematian lebih 1,000 orang.

Bulan lalu, 15 orang termasuk seorang anggota tentera terbunuh di negeri sama selepas penyerang bersenjata menyerang pasukan keselamatan. - AFP

Iklan