Tiga sahabat ke tali gantung

Iklan

SHAH ALAM - Tiga sahabat ke tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini memutuskan mereka didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada tiga tahun lalu yang mana mayat mangsa sehingga kini tidak dijumpai.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Zulhiami Md Darus, 33, Siti Nor Asiah Abdul Wahad, 28, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 25, yang didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqimmie Mokhtar, 24, pada Ogos 2016.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah yang merupakan seorang janda yang mempunyai seorang anak berusia 7 tahun, didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat untuk membunuh Mohammad Fairul Haqimmie di antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.00 pagi pada 29 Ogos 2016.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah apartmen di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang.

Iklan

Oleh itu mereka didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengikut pertuduhan Muhammad Rahmat pula, dia didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqimmie pada jam 4.00 pagi di lokasi dan hari yang sama.

Iklan

Oleh itu beliau didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika membacakan penghakimannya, Hakim, Abdul Halim berkata, sehingga di akhir perbicaraan, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah dan keterangan saksi 12 pendakwaan yang sangat jelas berserta 41 eksibit yang dikemukakan.

"Menurut keterangan saksi ketujuh pendakwaan yang melihat Muhammad Rahmat yang memukul Mohammad Fairul Haqimmie dengan menggunakan sebatang kayu menyebabkannya jatuh menggelupur sebelum mendengar Siti Nor Asiah mencadangkan kepada Muhammad Rahmat untuk membungkus mayat si mati dengan menggunakan tilam dan membuangnya ke sungai di Seksyen 24 Shah Alam.

"Saya turut mendapati keterangan bersumpah ketiga-tiga tertuduh yang dibuat di dalam kandang saksi hanyalah bersifat rekaan dan penafian semata-mata.

"Tindakan kamu bertiga ini adalah sangat kejam, ‘brutal’ dan tidak berperikemanusiaan, di manakah kewarasan kamu ketika melakukan perbuatan ini," katanya.

Kata Abdul Halim, oleh itu mahkamah mensabitkan ketiga-tiga tertuduh dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Ketiga-tiga tertuduh mesti digantung di leher sehingga mati," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Datin Zuraini Abdul Razak.- Bernama