ALOR SETAR - Anak sulung Allahyarham Norhafizan Soleh, 38, yang meninggal dunia dipercayai disambar petir pada 18 Oktober lalu, Nurul Huda, 9, pernah bermimpi bapanya bermain dengan adik bongsunya, Nurul Hazirah, 5, beberapa hari selepas Allahyarham bapanya tiada.
Menurutnya yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, setiap pesanan Allahyarham bapanya akan dipegang dan dikenang sebaik mungkin.
"Arwah abah pesan belajar rajin-rajin, nanti jaga umi dan adik-adik kalau arwah abah sudah tidak ada. Arwah abah juga pesan jangan pernah tinggal solat.
"Saya pernah mimpi arwah abah main dengan adik bongsu (Nurul Hazirah) selepas arwah abah sudah tiada ,nampak arwah abah seronok main-main dengan adik," katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian faedah pengurusan mayat dan dan faedah pencen penakat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja, Alor Setar hari ini.
Hadir sama Exco Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf, Pengarah Perkeso Kedah, Shaharuddin Waled dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja, Husni Safie.
Nurul Huda berkata, Allahyarham bapanya sering membawanya dan adik kedua, Muhammad Haziq, 7, setiap malam ke Masjid Taman Uda pada waktu Maghrib dan Isyak sejak awal tahun ini.
"Selain itu, arwah abah memang selalu pergi cuci masjid pada setiap hari Selasa,"katanya.
Pada majlis tersebut, abang sulung kepada balu Allahyarham, Zarina Sulaiman, 36 iaitu Amran Sulaiman, 49, yang mewakili adiknya itu menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 kerana Allahyarham Norhafizan yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan adalah seorang pencarum aktif Perkeso.
Selain itu, Zarina juga layak menerima pencen bulanan sebanyak RM239.87 sepanjang hayatnya manakala tiga anaknya iaitu Nurul Huda, Muhammad Haziq dan Nurul Hazirah masing-masing menerima RM159.91 sehingga mereka berumur 21 tahun atau sehingga tamat Ijazah Pertama serta boleh memohon faedah pendidikan.
Amran ketika ditemui berkata, dia menghargai keprihatinan Perkeso dan semua pihak yang berkaitan dalam membantu meringankan beban adiknya dan anak-anak saudaranya itu.
"Saya datang mewakili Zarina hari ini sebab pagi semalam dia dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar selepas rebah mungkin penat selepas menjaga anaknya, Muhammad Haziq di hospital sama.
"Zarina juga mempunyai penyakit jantung. Harap mereka sekeluarga tabah manakala keadaan Muhammad Haziq dilihat semakin pulih sebab selepas kejadian disambar petir, dia nampak agak trauma," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Norhafizan yang baharu pulang dari Masjid Taman Uda selepas solat Jumaat dengan menaiki motosikal ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terbaring di tepi sawah bersama anaknya, Muhammad Haziq yang turut cedera akibat disambar petir Jumaat lalu.