Peruntukan besar pendidikan bukti PH prihatin, kata Mukhriz

Iklan
Mukhriz (tengah) berbual dengan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman (empat dari kiri) selepas Majlis Penyampaian Bantuan kepada SJKT di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

ALOR SETAR - Peruntukan besar untuk sektor pendidikan pada tahun ini membuktikan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam memperjuangkan isu pendidikan negara demi masa depan penduduk di negara ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima bajet tertinggi dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan sememangnya nekad dan komited untuk memastikan anak-anak dilahirkan adalah terbaik dan memenuhi permintaan pasaran.

"Kita sedang berusaha membangunkan negeri dan salah satu cara merancakkan ekonomi negeri, yang mana melalui pelaburan.

Iklan

"Bagaimanapun ia akan gagal jikalau kita tidak dapat memastikan modal insan memenuhi permintaan pasaran disediakan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, aspek kebolehpasaran tenaga kerja juga merupakan antara kriteria diberi perhatian oleh pelabur untuk memilih Kedah sebagai destinasi pelaburan.

Iklan

"Antara syarat ditanya pelabur, adakah kumpulan graduan tenaga kerja modal insan menepati permintaan pelabur dan mencukupi. Jadi sudah tentu kita sebut ada dan diharap sistem pendidikan dapat menyumbangkan tenaga kerja yang disasarkan," katanya.

Mukhriz berkata, sehubungan itu beliau berharap pihak berkaitan memainkan peranan sekaligus memastikan tidak ada anak Kedah yang tercicir dari arus pembangunan peranan.

Katanya, beliau berharap sistem pendidikan yang kita diamalkan di negeri dan negara betul-betul menepati permintaan pasaran ataupun kebolehpasaran.

"Kita juga berharap anak-anak ini diberi rangsangan untuk melanjutkan pengajian hingga peringkat tinggi malah ibu bapa diingatkan tidak membiarkan anak meninggalkan sekolah," katanya.

Mukhriz berkata, usaha berkenaan akan membolehkan negeri berkembang sekaligus membolehkan anak-anak Kedah termasuklah dari SJKT mengecapi kejayaan dan kecemerlangan.

Dalam perkembangan lain, katanya, peruntukan diberikan kepada sekolah berkenaan diharapkan digunakan sebaiknya sekaligus tidak berlaku ketirisan.

Terdahulu, Mukhriz menyerahkan peruntukan penyelenggaraan kepada SJKT daripada KPM yang bernilai RM4.585 juta melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).