Syazwan berhenti berlakon?

Iklan
Instagram Syazwan Zulkifly.

NAMA pelakon Syazwan Zulkifly mula menjadi perhatian media sosial apabila dia dikatakan 'hilang' dalam dunia seni.

Dia turut mengakuinya perkara itu kerana ramai bertanyakan ke mana dia menghilang.

Iklan
Iklan

"Sebelum saya keluar dalam drama #pujaanhatikanda ,saya dapat banyak pertanyaan antaranya kenapa dah lama tak nampak kat televisyen?

"Sudah berhenti berlakon ke? atau sudah lama tak nampak berlakon bro," katanya.

Iklan

Menurutnya, drama #pujaanhatikanda adalah drama bersiri pertamanya pada 2018 dan memulakan penggambaran pada Oktober lalu.

"Tahun 2018 adalah tahun yang agak 'struggle' untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya.

Iklan

"Itulah adalah alasan kenapa lama tak nampak saya kat tv," kata di Instagramnya.

Namun penantian itu dikatakan berbaloi setelah ditawarkan oleh produksi @macheallstarunitedsdnbhd.

"Terima kasih kepada pihak yang masih mempercayai bakat tidak seberapa ini.

"Sepanjang menjayakan drama ini, hanya satu benda yang saya pegang, saya akan membawa karektor #pali ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya," katanya.

Syazwan juga menzahirkan rasa terharu kerana peminatnya masih meminati lakonannya untuk beraksi di TV.

"Terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending. Teruskan menyokong drama ini sehingga ke akhir episod.

"Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini. Alhamdulillah dan terima kasih semua," katanya.