Rokok seludup bernilai RM2.492 juta dirampas

Iklan
Antara kotak rokok yang dirampas ketika operasi di Sepang semalam.

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menggagalkan sindiket penyeludupan rokok dengan rampasan dan sitaan melebihi RM2.492 juta ketika operasi di Sepang semalam.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bertindak atas maklumat, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA Bukit Aman memberkas empat lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 41 tahun.

Iklan
Iklan

"Kita turut merampas 15,200 karton rokok putih pelbagai jenama, turut dirampas sebuah lori seberat lima tan jenis Nissan dan sebuah kereta jenis Perodua Alza. Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2,633,600,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semua suspek direman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.