KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kes saman fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain ditentukan melalui penghakiman terus tanpa perbicaraan, ditetapkan 13 Disember ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan peguam, Americk Singh Sidhu, yang mewakili Rewcastle Brown dan Vishu Kumar bertindak bagi pihak Sultanah Nur Zahirah.
Americk berhujah bahawa kenyataan fitnah dikeluarkan oleh anak guamnya merujuk kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang bersetuju dengan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) dan bukannya Sultanah.
Beliau berkata, Rewcastle Brown, selaku defendan, mahu saman fitnah tersebut diputuskan melalui perbicaraan penuh supaya beliau boleh memanggil pakar bahasa untuk memberi keterangan.
"Ini adalah persoalan menggunakan tatabahasa dan tafsiran tatabahasa...itulah sebabnya kami mahu memanggil pakar bahasa dari Universiti Oxford di United Kingdom untuk menganalisis ayat-ayat tersebut,” katanya.
Sultanah Nur Zahirah, selaku plaintif, memfailkan permohonan pada 27 Mei lalu bagi saman baginda diputuskan menerusi penghakiman terus di bawah Perintah 14A Peraturan Mahkamah 2012.
Sultanah Nur Zahirah memfail saman itu pada 21 November tahun lepas dengan menamakan Rewcastle-Brown atau Clare Louise Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin serta syarikat percetakan, Vinlin Press Sdn Bhd, selaku defendan pertama hingga ketiga, membuat kenyataan merosakkan mengenai diri baginda dalam bukunya The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.
Plaintif mendakwa kenyataan itu boleh dianggap bermaksud yang baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya mempengaruhi penubuhan TIA yang kemudian menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Baginda mendakwa kenyataan itu juga memberi gambaran yang baginda telah menolong ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho untuk menjadi penasihat TIA.
Sultanah Nur Zahirah berkata, bahawa baginda tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan TIA, oleh itu kenyataan tersebut telah memfitnah dan merosakkan reputasi baginda.
Baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta dari setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya. - Bernama