KOTA BHARU - Polis menafikan penculikan seorang remaja perempuan dari Kampung Becheh, Tanjong Mas, di sini sepertimana yang diviralkan, sebaliknya kes disiasat berdasarkan orang hilang.
Remaja perempuan berusia 16 tahun terbabit dipercayai menghilangkan diri bersama rakan sebaya perempuan pada 16 Disember lalu dan didapati pernah menghilangkan diri dari rumah ibu bapanya itu sebelum ini iaitu pada 13 Disember lalu.
Iklan
Iklan
Pelajar tingkatan empat tersebut kemudian ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pangsapuri di Salak Selatan, Kuala Lumpur, pada 15 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan polis pertama terhadap kehilangan mangsa pada tarikh itu sebelum remaja terbabit ditemui di pangsapuri berkenaan.
"Berhubung laporan tersebut, polis melakukan satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seri, Pengkalan Chepa di sini namun maklumat terbaru yang diterima mengatakan dia berada di Salak Selatan, Kuala Lumpur.
"Kita telah meminta bantuan Polis Kuala Lumpur bagi mengesannya di alamat tersebut. Remaja itu ditemui selamat di sebuah pangsapuri sebelum dia dibawa pulang oleh ahli keluarga ke Kota Bharu pada 15 Disember lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan