Akta Antiberita Tidak Benar tidak wajar dimansuhkan

Iklan
Muhammad Aznur Syah pada program #Cakaplah Sinar Harian bertajuk Mahasiswa Millenial: Antara Adab dan Kebebasan Bersuara di Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

SHAH ALAM - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Universiti Teknologi Mara, Muhammad Aznur Syah Azman tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Katanya, ini kerana ramai yang membahaskan kebebasan suara meliputi adab dan undang-undang di dalamnya tetapi menolak akta yang mengekang penyebaran berita palsu.

Iklan
Iklan

"Saya tidak bersetuju dengan pemansuhan akta tersebut kerana ia salah satu mekanisme dalam soal memastikan kebebasan bersuara yang ada batasnya.

"Akan tetapi apabila sampai kepada Akta Antiberita Tidak Benar ini semua orang merasakan tidak perlu ada undang-undang khusus bagi mengawal penyebaran berita palsu di negara ini," katanya pada program #Cakaplah Sinar Harian bertajuk Mahasiswa Millenial: Antara Adab dan Kebebasan Bersuara di Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

Iklan

Beliau berpendapat, berita palsu terutama di media sosial kini sangat tidak terkawal dan membimbangkan kerana memberi kesan kepada keharmonian serta kestabilan negara.

"Kalau kita lihat ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau sendiri menyatakan bahawa boleh kawal penyebaran berita paslu tetapi kalau kita tengok situasi sebenar hari ini nampaknya ia tidak terkawal," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berpendapat, akta tersebut perlu dipinda dan diperketatkan supaya bersifat melindungi rakyat Malaysia dan bukan sesetengah pihak.

"Saya pernah menjadi mangsa berita palsu di mana ada pihak menyunting gambar saya dan mendakwa saya mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei itu suatu yang dongeng. Ini satu berita palsu dan ia berlaku awal 2017 tetapi akta ini langsung tidak membantu saya sehingga ke hari ini.

"Baru-baru ini poster tersebut kembali diterbitkan. Saya lapor kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan saman ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu itu menggunakan undang-undang sedia ada.

"Pada saya, kalau kita kata akta ini berjaya menyelesaikan masalah, tidak juga atau ia mungkin hanya menyelesaikan masalah sesetengah pihak sahaja," katanya.