Tiga individu bersama bom tangan ditahan

Iklan
Polis sedang membuat pemeriksaan dalam sebuah kereta Toyota Vios dipercayai kenderaan suspek berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuhraya AMJ Serkam Merlimau Jasin, petang semalam.
JASIN - Polis menemui sebutir bom tangan di dalam sebuah kereta berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Alor Gajah - Melaka - Jasin (AMJ) Serkam Merlimau Jasin, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, sepasukan polis menghampiri kenderaan terbabit yang dinaiki dua lelaki berusia 19 dan 33 tahun serta seorang wanita berusia 57 tahun.

Bagaimanapun menurutnya, pemandu kenderaan itu yang juga suspek lelaki tidak mahu memberikan kerjasama dan bertindak agresif sebelum berjaya ditahan anggota polis terbabit.

Iklan
Iklan
Polis menemui bom tangan dan senjata dalam sebuah kenderaan.

"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan kemudian menemui bom tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan polis turut menjumpai dua bilah parang serta dua batang rotan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dua jenis senjata itu dirampas bagi pemeriksaan lanjut manakala bom tangan ditemui telah diambil oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan diletupkan di satu kawasan lapang di ladang kelapa sawit pada hari yang sama.

Iklan

"Susulan penemuan bahan dan alatan merbahaya itu, tiga individu termasuk remaja lelaki berusia 19 tahun kini ditahan sebelum dibawa ke Majistret Jasin hari ini bagi memohon perintah reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957/ Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Iklan