Kes lucut hak wang Yayasan Tun Hussien Onn didengar 15 November

Iklan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 November ini untuk mendengar permohonan lucut hak wang RM1,980,328.37 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Yayasan Tun Hussein Onn yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh tersebut semasa sebutan kes berkenaan yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman dari SPRM dan peguam, Datuk Hariharan Tara Singh mewakili yayasan itu.

Iklan
Iklan

Hariharan memberitahu mahkamah bahawa terdapat perkembangan terbaru mengenai kes tersebut.

"Sekiranya dibenarkan mahkamah, pihak kami memohon tarikh bicara pada 15 November depan, iaitu tarikh yang sesuai bagi pihak pendakwaan dan pembelaan manakala tarikh bicara pada 4 November yang sebelum ini telah ditetapkan mahkamah dilapangkan.

Iklan

"Ini kerana kami memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan arahan anak guam mengenai perkembangan terbaru kes," katanya.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan terhadap yayasan tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB di mana SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama