Perhilitan pasang perangkap tangkap 'Mamat'

Iklan
Anggota Perhilitan memasang perangkap di lokasi yang menjadi habitat Mamat.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memasang perangkap hari ini bagi menangkap buaya 'jinak' yang tular dengan gelaran Mamat.

Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk kampung sekali gus mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Iklan
Iklan

Katanya, perangkap itu dipasang di kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh, Kuala Nerus yang menjadi habitat reptilia berkenaan.

Anggota Perhilitan memasang perangkap di lokasi yang menjadi habitat Mamat.

Iklan

Terdahulu, kehadiran seekor buaya digelar Mamat oleh penduduk kampung itu kembali menarik ramai.

Haiwan yang pernah tular pada 2016 itu dikatakan kembali semula ke lombong itu setelah menghilangkan diri selama dua tahun pada September 2017.

Iklan

Haiwan yang dianggarkan berusia lima tahun itu juga membesar hingga mencecah tiga meter.

Perhilitan memasang perangkap untuk menangkap buaya itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.